Follower

Tuesday, December 20, 2011

thatmoment

that moment when you have to say GOOD BYE to the person that you need the most.. 

it is really hurt right?

uhhh.. i can't tell what i feel now.. but i'm too sure that i will miss every single moment when that person is far away..

apa aku merapu nie? bagi korang la kan.. korang suka tak good bye?
ohh dear.. i really hate it! 
it is a fcuk feeling.. hohoho.. kann.. humm.. 

entah paper je rasa bila keadaan gundah gelana dan tak keruan.. 

fin..

Friday, December 9, 2011

kahwinmuda?



yeahh.. kahwin muda.. kenapa terkejut?
pelik? nampak aku gatal? 
yes.. maybe ade sesetengah pihak akn buat muka macam..

"errkk, gila gatal pompuan nie.."

haha.. well, common la tuh.. because people do 
judge a book by its cover baby! 
kan kan kan..

tapi, pernah tak kita duk diam, dan fikir.. kenapa lah ada orang buat keputusan untuk kahwin awal?
kalau lah kita nih sebagai ibu bapa, korang bagi tak anak-anak korang kahwin awal?
opss, sebelom kita cakap banyak pasal kahwin awal nie, umur berapa yang dikategorikan kahwin awal tuh?

bagi aku, dalam lepas spm, umur 18, 19 ker.. itu dah kira kahwin awal bagi aku.. 
hehe..

dan, kenapa aku nak kahwin awal? aku serious ke nie? 

yes, i'm serious.. but i never tell my parents about this.. takdaa kekuatan nyahh.. hoho..
sebab ummi pernah cakap, tunggu la kerja dulu dua tiga tahun, baru kahwin..

so, sabar je laa.. 

aku pernah tengok al-kuliyyah.. dia cakap, kalau anak-anak mintak kahwin, bagi je laa..
sebab sebagai ibu bapa, kita tak tahu sejauh mana anak-anak kita belakang kita..

see.. lagipun sekarang banyak kes buang bayi kan.. rasanya, bila dah kahwin, seseorang tuh akan sendirinya tahu tanggungjawab dia..

sebab kahwin kan bukan kerja main-main.. itu pasal hidup mati kita..
tentang keputusan kita nak kongsi hidup dengan siapa.. kan.. 

so, its quite hard decision.. kalau betol nak kahwin,fikir dua kali k.. 

aku bukan setakat dua kali dah fikirnya.. beratus-ratus kali..
cuma, takdaa kekuatan nak bagitahu parents.. hoho.. 

apa aku merepek ni? kadang-kadang sumpah jealous bila tengok kawan-kawan aku dah kahwin.. duk main dengan anak dia orang.. ohh, sweet.. nak itu!

aku bukan nak kangkang p****t aku kat bf aku.. aku hanya nak
IKATAN YANG HALAL.. 
kita taktahu apa jadi lepas ni kan?  humm.. 

fin.. 

Tuesday, December 6, 2011

perigiVStimba


uik uik.. actually.. dah lama aku nak post entry niee.. tapi takterbuat.. maklumlaa.. ada kerja yang lebih penting.. hehe..

tapi, sekarang aku free.. so jom kita sambung.. mesti korang pelik kan.. dah kenapa letak gambar timba dengan perigi kat atas tuh?
pernah dengar tak orang tua-tua pernah cakap?

"perigi cari timba"

haa.. mesti korang pernah kan? 


perigi : aku suka kau laaa.. 

timba : eerrkk.. are you serious?

perigi : yes of course !

timba : hehe.. aku  pun suka kau actually..


haha.. apa nak pelik.. zaman dah berubah.. dunia dah maju.. 
apa salahnye kalau kita perempuan nak mulakan dulu..kan.. 

bagi aku lah kan.. 
"hormati hati kita dulu sebelom kita hormati hati orang lain.."

pening? maknanya.. macam mana kita nak hormati dan letak perasaan sayang kita kat hati orang lain kalau kita tak hormati dan cuba sayang kat hati kita sendiri dulu.. hehe..

okey? 

tak salah lah kalau kita mulakan dulu.. 

fin..

Monday, November 28, 2011

anevening

kepada yang berkenan, sejuta terima kasih 
sebab bawak keluar budak hodoh ni keluar hari nie..

tak tahu nak cakap macam mana..
baca je la apa yang dah di 'print screen' nie..
nak hantar ayatayat jiwang takreti..
hewhewhew..





hehehe.. malu laa.. :p
awak, terima kasih yerr.... 



fin..

Sunday, November 27, 2011

SalamMaalHijrah




mulamula sekali.. terima kasih sebab sudi terjah lagi blog buruk ni.. 
aku ingat, dah ada yang melupakan..
rupanya salah tanggapan aku.. masih ada yang meminati tulisanku..
TERIMA KASIH..

ok dah.. kita balik pada tajuk kat atas tuh..
kepada semua yang baca entry dan sudi menerkam blog buruk ini, 
aku ucapkan SALAM MAAL HIJRAH.. 

SELAMAT TAHUN BARU kepada semua MUSLIM.. 
kita sambut tahun baru ya sahabatsahabat..
kalau duk kat rumah, mesti abah panggil semua dan baca yaasin tiga kali,,
baca doa akhir tahun.. dan doa awal tahun..

yelah.. dengan doa dan harapan agar mendapat permulaan yang baik pada tahun baru ini..
kan.. 
dan mungkin ada dalam kalangan kita yang pasang hajat untuk berubah kan..

ALHAMDULILLAH.. berubahlah kearah kebaikan..
mencari redha dan tingkatkan amalan kita yer,,
pastikan kita semua ISTIQOMAH dalam melakukan apaapa jer yang baikbaik nie..
bukan hangathangat tahi ayam dan macam melepeskan batok di tangga jer..

acecehhh.. gila sastera aku! peribahasa bagai.. haha.. 
okey lah.. tak banyak yang nak aku soksehkan.. 

hujan dah turun..mata dah mengantop,, chentahati dah lentok.. 
jom tidur.. 

salam maal hijrah sekali lagi.. 




p/s : kepada yang sudi merindui diri ini, terima kasih kerana aku ada dalam ingatanmu.. 
kepada sidia, insyaALLAH akan ada entry pasal u.. 


fin.. 

Saturday, November 26, 2011

theysaid

dalam hidup kita yang serba warna warni..
yang ada suka.. yang ada duka nie, 
mesti ada sesuatu yang pernah dicakapkan oleh seseorang yang kita ingat sampai bilabila..
kan..

mungkin masa tuh kita ditegur atas kesalahan yang pernah kita lakukan.. 
atau sebagai peringatan sebelom kita lebih terjerut dengan salah kita sendiri.. 
kan..

so, macam tuh jugaklah aku..
aku tetiba teringat katakata yang pernah beberapa orang yang pernah aku kenal..
yang masih aku kenal pernah cakap kat aku..

ini yang memang aku ingat laa.. kalau tengok je kat dia, sure ingat apa yang pernah dia cakap,..
korang nak tahu apa? 


"belajar rajinrajin.. jangan jadi macam pakcik.." ~ pakcik jual gelang getah dekat Sate Kajang, Kajang.. masa nih aku form 1 or form 2..

"awaklah orang yang tak pernah nak berubah.." ~ seorang cikgu aku.. masa aku form 5..

"dalam masa tak sampai sepuluh tahun ni lah kakak nak jadi anak abah..lepas nih, kakak kahwin, tanggungjawab suami kakak pulok tegur kakak.." ~ MY BELOVED DAD.. 

kakak anak abah.. SELAMANYA... 



so korang? share laaa.. 

fin.. 



pagi

hai semua! selamat pagi! good morning! zaoshang hao!
hehe.. mentang-mentang belajar mandarin kan..
well, 1 malaysia nokk..


gila awal aku bangun hari nie.. semalam tidur pun dah pukul 4.. 
haishh.. mata-mata.. 
apa aku nak merepek pagi-pagi nie..
punya lah banyak benda dalam otak aku..
tapi aku tak tahu nak susun macam mana dan nak mula dengan apa..

tadi one of my friend called..
mintak tolong aku..
berkawan dah lama..takkan taknak tolongkan.. 

sumpah rindu kawan aku yang tuh..
susah senang sama sama.. 
mana nak cari orang yang boleh kita samasama kongsi susah senang samasama kan..
ada tuh memang ada..
tapi ramai ker?

aku berani cakap, dalam sepuluh orang yang anggap kita kawan baik diaorang, mesti xsampai tiga orang yang sanggup susah senang samasama dengan kitakan..
bukan nak cakap yang lain tuh propa jer lebih..
tapi mungkin dia ada hanya masa kita senang jer..

best friend just for fun.. 
ade ekh macam tuh?
haha.. entah laaa...

apaapa pun , hargailah merekamereka yang sanggup bersenang dengan kita.. 
apatah lagi bersusah dengan kita.. 
kita tak harapkan lebih...
cukuplah dengan terima kasih..kan..

so,walau benda yang mereka buat untuk kita tuh nampak kecik..
tapi berterima kasihlaa..
sebab, mungkin kita akan rindu pada apa yang dia pernah buat kat kita..
mungkin masa kita dah rindu tuh, dia tak lagi ada untuk kita?

siapa tahu...

kuasa ALLAH..
bukan kuasa kita..
everything can happen..

so, i wanna to thanks to those yang ada dengan ada masa aku susah..
senang.. teman aku gelak kuatkuat..
teman aku nangis esakesak..

terima kasih!


ohh yaa GUYS.. a girl will have a best friend, a superlove..
you are so lucky if they are YOU! 
paham?

maknanya.. kau sangatlah beruntung kalau kau adalah
sahabat baik dalam masa yang sama adalah kekasih 
perempuan tuh..

hehe.. sweet kan..

fin..

tags

  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag backs.
  • No stuff in the tagging section about "You are tagged if you are reading this" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


btw, boleh tak aku nak guna bahasa melayu terchenta jeeerr? maklum leww, aku makan budu, bukan spagheti haaaa... 




11 cheghitaa pasai aku..?

aku sembilan belass tahun.. nak masuk doploh dah pun
aku anak sulong..tapi ramai yang cakap macam anak bongsu.. *WELL*
abah aku nama encik ruslan
ummi aku lak puan norlina
aku ada lima adik bheghadik..
study lagihh..
aku amek diploma in banking management
cita-cita nak jadi gabenor bank negara.. *AMINNNN.....*
aku suka benorr bodek orang.. kata orang qlatey, maen angin.. haha
HATE kpop!
hubby nama fikri aiman rahim.. future-husband.. *AMINNNNN... lagik*


soalan daripada hajar salim haaa.. jom jawab..
walaupun soalan nih dalam bahasa omputih, tak kira, aku nak cakap melayu jugakk!

1. What would you do if someone are having crush on you but you never like him/her?
hihihi.. cakap la terima kasih dan mintak maaf.. maaf, sayang tak boleh dipaksa!
2. Do you think I care about you?
mungkin la jaa.. kalau aku ada masalah.. haha
3. What makes you proud of yourself?
sebab aku ada satu je dalam dunia nih.. takde afifah 1, afifah 2 atau afifah 3.. 
4. Have you ever hold plenty amount of money (more than RM 20 000) ? How does it feels?
rasa macam.. ohh, nikmat nya nikmat dunia... 
5. Who is your crush? Mention his/her name please.
FIKRI AIMAN bin RAHIM.. dengan bangga nya.. aceceehh.. 
6. What would you do, if you're checking your account balance in ATM and you found the balance is RM 1.99? 
termenung dan hantuk kepala kat span dua tiga kali..
7. Have you ever fainted? When and why?
tak pernah! nak rasa jugak sekali macam mana rasa..
8. Money or love?
money and love.. saling berkait.. haha
9. Do you think I'm always talk nonsense?
tak lah.. biasa-biasa jerr...
10. Do you think you're wasting your time answering my question?
tak lahh.. fun ader laaa...
11. You like this entry? How does it feels, answering questions people sets for you?
shukewwww cangatttt,... *ERRKKK....*



jawab soalan dari aku pulak yerr....

1. pernah berubah sebab seseorang tak?
2. dah pernah pergi Mekah belom? best tak?
3. apa nama facebook korang?
4. agak-agak bila korang akan kahwin?
5. pernah rindukan kehidupan korang yang dulu tak?
6. tiga perkataan untuk describe aku..
7. pernah menyesal dengan apa yang korang buat? kenapa menyesal?
8. kesalahan terbesar dalam hidup korang?
9. apa yang korang harap dari orang yang korang sayang?
10. rasa-rasanya Real Madrid menang tak LA Liga?
11. teka nama penuh aku.. 



11 rakan-rakan yang kena tags ini..hehe

zh....


fin..



back

rasanya dah lama blog nie tak rancak macam dulu kan.. 
dah nak rancak macam mana kalau dah berkurun lama dah tak update apa-apa kan..
blog pun rasanya dah bersarang ke bersawang le apa ker..
hehe.. pape je lahh..

tapi after duk blog-walking a few blogs, ilham tuh rasanya macam dah datang balik..
semangat untuk tulis apa jer yang aku rasa.. 
yang aku tahu..
yang aingin aku kongsikan..
yang ingin aku ceritakan.. 
yang ingin aku khabarkan..

yeahhh, memang aku rindu saat-saat duk buat entry dulu-dulu tuh..
tapi biasalah.. manusia.. 
sibuk seiring usia..
makin meningkat usia kita, makin banyak kerja yang kita kena buat.. 
kan.. 


betol tak? 

jom.. kita bina balik kehidupan lama yang gemilang itu !

fin..

Thursday, November 24, 2011

missmybb

waaahhh.. rindu nyer kat my phone.. i miss my blackberry.. 
so much ! 

mesti korang tanya kan mana bb aku.. aku puasakan dulu.. 
hehe.. bukan apa.. bb kan macam cepat gitu dia makan bateri.. 
so susah laa.. kalau pegi jauh-jauh kan kena bawak charger kit tuh laa.. 
 macam-macam haa.. 

lagi pun duk umah sewa nih orang sebelah offer pakai dia punya line wifi..
lima hinggit sebulan nak.. 
sape tak mahu.. haha.. 
kau ader? 

so macam membazir lah kan pakai bb lagik.. 
pakai lappy lagik..

tapi aku still rindu my bb.. ahh.. 


fin.. 

Wednesday, November 23, 2011

kembalilagi

hai semua.. sumpah rindu dengan blog aku nihh.. 
banyak sangat halangan dan dugaan yang datang semenjak dua menjak nie..
jadi, nak update entry pun agak susah dan kadang kadang rasa nak shut down jer blog nie..


tapi !

nasib baik aku waras lagi.. hehe.. sebab aku tahu, sure aku rindu blog aku nih kalau aku shut down kan..
and, sure korang pun akan rindu aku.. kan kan kan.. 
hehe..

rasa amat bahagia bila ada yang merindui diri yang kerdil dan tak punya apa apa nie.. kan..
rasa diri amat di hargai dan diingati oleh mereka mereka yang menyayangi.. 
aceceh ayat.. kalah kau limah! kau mampu kewwww... hewhewhew..

actually, banyak sangat benda yang nak di kongsi.. 
yelah.. dah lama mana aku tak update story kan.. 

tapi kali nie, entry aku akan lebih berilmiah , matang dan apa apa je lah kan.. 

ohh, malam nie Harimau Malaya mengaum lagi yer..
GOOD LUCK ! 
pertahankan maruah negara macam kat sukan sea hari tuh..
jom layan bola! 

nanti aku update lagi yer.. jangan risau.. aku dah kembali nie.. hehe

fin..

Sunday, October 23, 2011

holiday

waduhhh.. dah start holiday dah.. actually uitm punya holiday dah lama start.. just i punya holiday baru je start haa.. maklumlah.. busy sikit.. terlibat dengan karisma.. i think, siapa siapa student uitm , sure tahu menatang apa uitm nih.. kan kan?

i was in johore before.. uitm segamat, johore.. and baru semalam petang sampai kat kl nie.. selama 8 hari kat sana.. wahhh, such a womderful memory la beb! susah dah nak dapat lepas nie.. hehe.. peluang datang sekali jer.. so, gunakan peluang tuh elok elok ya semua!

malas lah nak menaip panjang panjang.. dah lama sangat dah tak posting any entry.. sure bersarang blog aku nie.. hahaha.. but jangan risau, walaupun aku lama tak post any entry, aku tak pernah lupakan.. blog is my heart.. hehe..

okey lah.. sumpah blank! tak tahu nak post apa.. serabai gila rasa..

fin..

Tuesday, September 27, 2011

Tuhanituadil

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ..
Hey.. My sayangss buat apa tak tidur lagi nih? Waww.. Study kaa? UiTM-nians macam aku nih, sure ada lagi yang study kan? Kalau yang ada lagi kertas belom jawab lahh.. Mostly ramai yang ada paper lagikan.. Ye lah.. Hari nih baru berapa hari bulan.. Overall habis 091011 kan.. So, sabar lah yer.. Biasa lah ujian ujian nih..

Haaa.. Macam hidup kita jugaklah.. Takde nyer nak indah jer selalu.. Dugann الله nih datang dengan pelbagai cara tau! Ingat tuh.. Dan.. Bukan masa susah jer dugaan.. Masa senang pun ujian.. Uikk? Macam mana boleh jadi macam tuh? Ye lah.. DIA nak tengok adakah kita bersyukur dengan rezeki yang dia bagi.. Adakah kita ingat DIA masa kita senang.. Bukan masa susah jer duk kalut cari dia.. Kan.. Tak boleh macam tuh..

Sebab.. Kalau DIA nak tarik balik nikmat yang DIA bagi nih, kejap jer haa.. Bak kata omputih, "in a blink of an eyes..!" Haa.. Giteww! Macam tuh jugak kalau pasal kita sedih.. Kalau dia nak cabut kesedihan kita tuh, kejap jer haa.. Terus boleh happy happy..

Dan syukur الْحَمْدُ لِلَّهِ .. Dalam masa aku dapat ujian, dugaan dari DIA, aku jugak dapat kebahagiaan.. Syukur sangat sangat.. Gracias ya الله ! Kau Maha Berkuasa.. Even sebelom final start, macam macam yang terjadi.. Tapi syukur, الله hilangkan dan ganti dengan kebahagiaan bila final tiba.. Yeahh.. Kita kena sabar dengan ujian DIA..

Actually, DIA rindu nak dengar rintihan hambaNya.. That's why DIA berikan kita ujian.. Ingat, jangan mengeluh taw! Sentiasa ingat DIA.. ​♧اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ♧° kebahagiaan akan menjelma..

Fin..

Monday, September 19, 2011

donewithone

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ !
Hai peeps! Korang buat apa? Dah maghrib belom? Kalau belom, cepat cepat yaa.. Dah nak habis waktu nie.. Today hari first aku jawab final exam.. And the first paper to be down is, BEL311.. Apa itu? Bak kata orang kampung, bahasa omputih haa.. Bahasa inggeris lah haa..

الْحَمْدُ لِلَّهِ ,
Lepas satu paper.. Four papers to go.. Aku punya next paper on this friday.. Lepas tuh ahad, lepas ahad, selasa.. After that my last paper will be held on neeeeeext monday.. Kenapa neeeeext? Sebab aku ada gape seminggu untuk last paper tuh.. Haiyaa! Lama.. Tapi naseb baek laa.. Punya banyak masa nak buat revision..

Bersyukur sangat sebab boleh jawab paper tadi dengan tenang nokk.. Dah kenapa? Haa laa.. Masalah dah selesai.. Itu lah korang, laen kali kalau ada masalah, cari lah medium yang sesuai nak lepas marah tuh.. Jangan cepat melatah pulakk.. Sesekali, kita kena dengar orang tegur kita.. Eh eh apa pulak korang kan? Aku lah!

Bukan apa.. Nasihat menasihati sesama kita nih haa.. If korang marah and rasa nak lepas je marah tuh, make sure kat tempat betul.. Sebaaaab.. TAK semua akan suka dengan apa yang kita buat.. Ingat tuh! Dan, matang laa.. Jangan nak marah macam budak budak dah.. Lu langsi lu mati! Ingat ayat nie? Jangan nak celopar sangat mulut kita nie.. Boleh dosa free free.. Ini memang aku sound diri aku sendiri.. Aku bukan nak tuju kat siapa siapa.. serius! Tapi.. If ada antara my sayangss yang baca this entry terasa, face me k..

Ohh yaa! Aku acap kali jugak guna my sayangss kan? Apa tuh? Aku nih ada ramai bopren kaa? Aku ada ramai scandal ka? Aku ada ramai bla bla bla lagi ka? Ohh no no.. Jangan silap faham.. My sayangss tuh, aku refer untuk readers aku.. Again, to MY READERS yaaw!

Again.. Ni pun nasihat untuk diri aku jugak.. Tapi aku tahu my sayangss pun ada yang macam aku.. Bila marah, cepat melatah.. Mula la langsi mulut.. Kan? Aku nasihat kan kat kita nih.. Bila rasa nak marah tuh.. Take a deep breath.. Tak hilang lagi? Senyap kejap.. Fikir pasal dunia.. Tak hilang jugak lagi?? Tulis kat some where.. And make sure some where tuh kita jer yang tahu.. Tulis je apa apa yang kita nak marah tuh.. Bila dah rasa cukup, kita bakar benda tuh.. Kalau kertas, bakar laa.. Kalau kat laptop or phone, delete balik..

Jangan simpan atau publish kan marah kita tuh.. Cukup kita dan Tuhan je yang tahu.. Sebab, "Sabar itu rahmat, Sabar itu berkat, Sabar itu nikmat.." Bak kata siti nurhaliza.. So, sabar je lah.. Ganjarannya syurga tawuk my sayangss! Ohh, macam panjang la pulak.. Nak lepas gian kat esei bel311 tadi ke koksey oii? ☺kεƔ lah.. Isyak dah pun.. Jom my sayangss..

Jangan lewat lewatkan solat yaa.. Nanti, Tuhan nak tolong kita pun lambat lambat laa.. Tunaikan apa yang wajib dulu.. Dunia ini sementara.. Haiyaa ala ssolah..

Fin..

Sunday, September 18, 2011

hai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ..
A simple title showing that I'm waking up with some yesterday's broken pieces.. I slept late because of that matter, also wake up early with those things on my mind.. I'm human being.. When I know something or get something, automatically it is in my mind.. Right people? Don't lie me.. We all same.. GOD make us same in some matter..

Oh ya guys! Guys only k.. Please don't get mad if your girl troubled you with so much care.. Because you have to worry if she no longer gives her intention to you.. And, please note this.. When she's crying, doesn't mean she's weak.. Its because she's strong enough to hide her pain or she's hardly enough to try ignored that matter.. Because, some matter are better ignored.. So, its depends on that girl how she's living her life.. If she still can smile and treat you as usual, she's the strongest..

Sometimes, she forgave you for what you did.. But, have you know, she's dying a little inside when she thinks about it? Ohh ya peeps! Don't ever you ignore GOD.. Because, HE knows the answer that GOOGLE doesn't have.. Always believe that, before we get the beautiful rainbow, we have to through that hard thunder..


So, be patience! Appreciate what we have and enjoy our life! Life is too short to make a shit with it.. Smile when you have reasons to smile and never regret with what you did.. This is life.. We ought to live and learn.. Be happy with peeps around us.. Make life special don't ever turn your people around you down.. Make them feel special and happy when they with us..

Fin..

iamalright

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ..
Uikk.. Ada lagi yang tak tidur ke nih? Ke dah tidur, dan tersedar balik.. Macam aku nih.. Dah tuh, kenapa tak tidur lagi atau sambung tidur balik? Tak boleh tidur letteww.. Ada masalah ea..

Well baby.. Hidup ini, macam kita makan nasi hari hari tuh.. Bukan setiap hari kita dapat lauk yang best, tambah pulak kena dengan selera kita kan? Kadang kadang, dalam duk makan nasi tuh, mesti ada satu hari kita tak der duit ke, so kita dapatlah lauk yang dah la tak sedap, tak kena dengan selera kita plak tuh.. Itu lah hidup.. Kita TAK semestinya akan dapat apa yang kita nak.. Sebab, kita hidup bukan berseorangan.. You are not walk alone.. Kita kena fikir jugak orang laen.. Sesekala, kita kena jenguk jugak orang sebelah kita tuh.. Macam mana lauk dia hai nih, best ke idokk.. Dia suka ke tidak..

Dan, jangan ingat kita seorang je yang tak suka dengan lauk yang tak best tuh.. Orang laen pun mesti rasa tak sedap jugak kan.. And, bukan kita seorang jer yang boleh makan lauk best tuh.. Orang laen pun berhak jugak rasa nikmatnya makan ayam panggang.. Kann..

Kita jugak tak semestinya hari hari akan diberikan atau dapat apa yang best.. Sekali dalam hidup, kita kena rasa jugak masinnya garam atau manisnya gula.. Jika kita yang bagi mereka rasa masinnya garam dan manisnya gula, kita pun kena tahu jugak apa orang tuh rasa.. Kita harus jugak tahu apa rasa masinnya garam dan manisnya gula tuh.. Jangan kita pandai memneri saja.. Tapi tak pandai merasa bersama..

Maklumlah.. Bumi الله ini kan bulat.. Apa yang di atas, harus rasa sakitnya jatuh.. Dan jangan mengeluh atau salahkan sesiapa bila dah jatuh tuh.. Sebab.. Kita tak tahu orang yang dah pernah jatuh dan akan jatuh mungkin akan lagi sakit dari kita.. Fikirkan lah.. Apa yang kita bagi, pasti kita dapat balik..

Macam bola yang kena tendang kat dinding.. Kalau kuat kita sepak, kuat lah ia melantun balik.. Kalau perlahan cara kita sepak.. Kita sendiri pun tak rasa sakit..dan mungkin, cara lantunan berbeza yang kita dapat tuh, ada sebab dia tesendiri.. Nak suruh kita sedar ker, supaya laen kali jangan sepak kuat kuat sangat? Sebab sakitnya, kita jugak yang rasa..

Tapi jangan lupa.. Masa kita dapat lauk tak sedap, masa kita rasa sakitnya jatuh atau masa kita kena lantunan bola kita sendiri, masa tuh akan ada seseorang yang akan teman kita macam mana pun keadaan kita.. Walaupun masa tuh kita rasa tak perlu dengan kehadiran dia, tapi jangan pulak rindu dan berharap dia akan ada dengan kita bila kita dapat lauk tak sedap, kita sakit bila jatuh dan bila kita sakit kena lantunan bola nanti..

Belajarlah menghargai dan belajarlah bersyukur seadanya dengan apa yang kita ada.. Dan jangan lupa, let your heart speaks once a while.. Sebab, rasa tak tenang hati, rasa tak sedap hati itu adalah petanda kepada sesuatu yang baik atau buruk.. Bersedialah untuk menerima apa sahaja yang hati kita hendak suarakan.. Kata hati itu selalu benar.. No doubts at all..

Fin..