Follower

Thursday, October 9, 2014

kahwin muda?

Kahwin?

Salam semua! Apa khabar? harap sihat-sihat belaka.. hari nie aku rasa macam nak kongsikan trend sekarang. Trend kahwin muda. Ohh my god! Macam trend dah kan.. For me, kahwin muda adalah perkahwinan yang dilangsungkan ketika pasangan berusia 30 kebawah.. Raaaaamai betul yang kahwin dan mereka berusia 30 kebawah. Kebanyakan kawan aku pun dah kahwin.

Yang dulu senyap tup tup dapat undangan majlis dia orang. Aku yang dari dulu nie tak kawen-kawen lagi. Insyaallah semoga dipermudahkan.. Sape tak nak kawen oiii!!

Sebelum kawen, banyak persediaan yang kena dilakukan. Ok laa kalau korang tanya apa persediaan yang kena buat.. Jawab soalan kat bawah nie..

Nanti kawen nak tinggal mana?
Nanti kawen nak tinggal dengan sape? Maksudnya dengan parents lagi atau korang berdua saje laki bini?
Nanti kawen berapa tahun nak honeymoon? Maksudnya perancangan untuk tambah ahli keluarga tu bila? Pada tahun keberapa kawen?
Nanti kawen macam mana dengan duit bajet bulanan? 
Nanti kawen kerja macam mana? Tapi rasanya zaman sekarang mostly laki bini memang kerja. Melainkan laki dia anak raja hohohoho..


And so on soalan2 yang kena dan harus jawab sebelum korang kawen. Persediaan fizikal, mental kena kuat. Sebab kaweb bukan benda senang lenang sahaja. Kahwin bermaksud ikatan. Kau ikat hidup kau dengan dia. Kau kongsi hidup kau dengan dia. Kau bersedia menerima kurang dia. Kau sedia menerima baiknya dia. 

Bagi aku, kahwin adalah sesuatu yang kita lakukan dengan seseorang yang kita takkan jemu walau nanti kita dah umur 70 tahun kita tetap nak dia. Bagi aku perkahwinan adalah sesuatu yang kau dah sedia utk terima semua tentang dia. Tentang latar belakang dia, tentang masa silam dia, masa depan dia, masa sekarang. Sedia terima keluarga dia. sedia menerima persekitaran baru dalam hidup kau. Sedia terima susah dia. Walau masa tu kau senang, dia susah, kau pun akan terasa susah jugak. Sedia untuk bangun pagi2 buatkan sarapan, siapkan baju dia. Sedia untuk dengar dengkuran dia tiap2 malam. Sedia terima perangai dia yang menyakitkan hati. Dan yang paling penting, kau nak kongsi kebahagiaan, kegembiraan kau dengan dia. Itu adalah perkahwinan. 

Sesuatu yang ringan tapi berat. Kau kena lalui duli baru kau boleh rasa. Yang penting semua yang Allah buat, semua nya baik2 belaka. Kita tak nampak sekarang, tapi mungkin hikmahnya ada dua tiga tahun lagi.

Kahwin muda is awesome i think. Thats why i nak kahwin before im 25.. Insyaallah..

Fin..