Follower

Friday, October 11, 2013

pulaukapas

auuu, hai semua? sihat? hari tuh kan hari tuh kan kita pergi pulau kapas.. ya allah, cantik sangat tahu tak.. tak nak cerita panjang.. nak upload gambar jer.. hehe.. jum tengok.. 





kalau korang semua nak datang tenangkan diri, rehat-rehat, pulau kapas amatlah sesuai.. sebab pulau nie kecik jer dan memang tak bising langsung.. 

amat tenang duduk sini.. InsyaAllah, trip seterusnya kat pulau lain pulak.. hehe.. 

fin..

Wednesday, October 9, 2013

hatilelaki

hai semua.. sihat? hari nie rasa ada idea nak menulis.. emm, tajuk pun dah tahu kan.. yea, nak tulis pasal lelaki.. aku bukan laa pakar pasal lelaki.. haha kalau pakar lelaki, dah kaya dah aku nie.. buka firma aku sendiri.. kikiki angan-angan saja..

emm, macam mana ea nak mula? ok, kebalakangan nie ramai pula kawan kawan lelaki aku datang kat aku luah macam macam.. well, somethimes boys need girl's brain too right? apa lelaki nie tak sedih ker? apa lelaki nie tak sakit hati ker? apa lelaki nie tak ada perasaan ker?

oh oh! sesungguhnya semua tuh silap.. Allah dah bagi kita semua perasaan.. seketul daging yang ada perasaan, iaitu, hati.. sudah semestinya lelaki nie ada perasaan marah, perasaan sedih, perasaan sakit hati.. mereka pun ada perasaan juga.. cuma, kita tak ditunjukkan.. betul tak?

cuba tengok senarai lagu-lagu sedih.. banyak mana lagu sedih yang di nyanyikan perempuan dan banyak mana pula lagu sedih yang dinyanyikan lelaki? look at adele, she writes song when she sad.. kan? perempuan.. hatinya mudah tersentuh.. tengok marc anthony.. lepas divorce dengan j.Lo, dia buat lagu apa? lagu dance kot.. hahaha.. berbezakan?

sampai masa, lelaki menangis juga.. bukan selalu tombok ego itu mereka boleh pertahankan.. tambah-tambah untuk mereka yang mereka sayang.. ya allah, kadang-kadang kalau lelaki nie menangis, lagi sayu lagi sedih dari perempuan.. betul.. 

kita perempuan tak nampak semua tu.. sebab lelaki, bila dia sedih, dia pergi jumpa kawan-kawan dia, mesti kawan-kawan dia cakap, "alaa, dah la tuh.. benda dah jadi.. tak guna kau sedih.. jom ah lepak..'' kalau perempuan? "kesian kat kau.. sabar laa.. cerita kat aku..'' maknanya kat sini, perempuan, kalau dia sedih, lama betul! betul tak? lelaki? bila dah jumpa kawan, langsung lupa yang dia dah putus dengan awek dia.. 

apa yang kita baca, apa yang kita tengok, apa yang kita dengar, semuanya macam perempuan jer yang sakit kan.. lelaki jer yang salahkan? apa perempuan nie semuanya betul? apa perempuan nie reti sakit jer? kita didedahkan dengan benda macam nie sebab semua nie kita tengok dari sudut perempuan.. 

cuba bayangkan, kalaulah lelaki nie ada perasaan untuk luah jer semua benda macam kita luah? mahunya orang pun akan nampak perempuan jer yang salah.. kan? sebab tuh lelaki tak macam tuh.. sebab lelaki biasanya tak ambil tahu pun pasal nie.. mereka lebih suka pendam..

kalau kita? satu dunia kalau boleh nak diceritakan.. nak bagitahu sangat yang kita ni sakit.. nak bagitahu sangat yang kita ni tak dihargai.. lelaki? rilex jer.. hisap rokok minum kopi lepak sampai pagi tengok bola dengan kawan-kawan.. 

bila dia orang akan fikir? bila dia orang akan sedih? bila mereka sendirian.. tapi, tak banyak pun masa mereka sendirian,sebab ada jer benda yang mereka lakukan dengan kawan-kawan mereka.. 

bila lagi mereka akan fikir? bila dia nak tidur.. biasanya lelaki nie tak dan pun nak fikir.. balik rumah terus tidur.. melainkan bagi yang susah tidur, memang sampai pagi la kot dia sedih.. 

kita perempuan, kena fikir apa yang mereka fikir jugak.. mungkin dia salah, cuba kita fikir, kita tak salah ker? mungkin kita sakit, apa mereka tak rasa sakit juga? mungkin kita rasa tak dihargai, apa kita hargai ker semua yang mereka buat? sebelum kita tuding jari salahkan mereka, ingatlah, empat jari lagi sedang menuding ke arah kita..

apa yang aku tulis, cuma benda yang aku alami.. kalau salah, boleh betulkan.. 

fin..

Wednesday, October 2, 2013

hatiseorangperempuan

hari nie rasa nak menulis.. nak luah benda yang memang lama dah duk pendam.. orang kata, benda lama biar berlalu.. benda dah terjadi setahun lebih dah.. yupp, setahun weyy.. tapi aku still ingat satu satu apa yang jadi.. start hari tuh, i lost my respect for you girl.. start hari tuh, bila ingat benda tuh, automatik air mata aku jatuh.. aku tak tahu laa kau jumpa ke tak blog aku nie.. sebab facebook aku pun kau dah block.. kalau tak salah kenapa nak lari? takut?
biasa nya kalau orang takut nie, dia memang salah.. face me baby.. i have a ton of words to say to you.. tak pe laa takut nak jumpa aku pun.. baca nie..

perempuan, 
kau perempuan aku perempuan.. tuhan bagi kita satu rasa yang sama.. rasa sensitif, rasa kasih sayang, rasa keibuan.. yeahh, tuhan ciptakan untuk kita memahami satu sama lain.. sebab apa? sebab kita insan yang lemah..

perempuan, 
bagi aku, kau tak lebih dari sampah.. kenapa sampah? sebab sampah tak ada perasaan.. kau dah sedia maklum perihal kami berdua.. masih lagi kau nak mengada-ngada kan? kau langsung tak fikir perasaan kaum kau sendiri.. kau pentingkan diri sendiri! kau egois! kau hipokrit!

perempuan,
kenapa perlu kau lari kalau betul kau tak salah? kau pengecut! kau tak berani nak hadapi masalah dengan orang lain.. kau hanya tahu untuk menimbulkan masalah.. aku benci kau perempuan.. rasanya tak perlu aku nak terhegeh-hegeh pergi cari kau kan? kau yang salah.. tuhan kata, kalau salah dengan Dia,Dia boleh ampunkan.. kalau salah sesama manusia, hanya orang tuh boleh ampun kan..

perempuan,
sejak benda tuh terjadi, perasaan percaya aku dah kurang.. kau tahu kenapa? ini semua sebab kau.. aku rasa takut untuk percaya orang lain lagi, walaupun sesama perempuan.. hati aku retak.. hati aku pecah.. setiap kali ingat, air mata aku jatuh.. setiap kali ingat hati aku kembali luka.. 

perempuan,
mungkin kau tak terfikir kesannya sampai tahap nie kan? sebab kau tak pernah rasa.. sebab kau tak reti nak hormat perasaan sesama wanita.. kau pentingkan diri sendiri.. kau tak hiraukan apa aku rasa.. kau hanya fikir benda tuh, bukan fikir kesannya.. kau pendek akal..

perempuan,
bukan mudah aku nak bangkit kembali.. bukan mudah aku nak tanam percaya balik.. bukan mudah aku nak tanam rasa sayang aku balik untuk dia.. bukan mudah perempuan, bukan mudah! puas menangis puas sakit hati puas merana baru aku dapat diri aku hari nie..

perempuan, 
aku amat harap kau datang jumpa aku suatu hari nanti.. jangan nanti Tuhan bagi rasa apa yang aku rasa selama setahun lebih nie, baru kau nak ingat pasal aku.. mungkin masa tuh dah terlambat..

perempuan, 
kalau kau rasa kau nak cuba fahami aku, kau pergi paku kat dinding.. kau cabut balik paku tuh.. kau minta maaf kat dinding tuh.. kau memang boleh minta maaf kat dinding tuh, cuba kau tengok, parut paku kat dinding tuh ada lagi tak? ada kan? dia hilang tak? kalau hilang pun, dinding tuh sama tak dengan yang kau sebelum paku tadi? tak sama kan? aku harap kau panjang akal bab fahami perasaan orang lain nie..

perempuan, 
aku tak salahkan kau seorang dalam hal nie.. aku salahkan dua-dua.. bukan aku nak pertahankan dia kata dia baik, tak mungkin dia buat aku macam nie.. tak, dalam hal nie dua-dua orang salah.. dua-dua aku marah.. cuma, aku lebih marahkan kau sebab kau tak fikir apa yang akan aku rasa.. 

perempuan,
kau dah tahu status dia, kenapa kau tak cuba nak elakkan diri? ramai lagi di luar sana.. jangan jadikan alasan kau sunyi.. jangan! kau ada Allah.. bukan aku tak pernah rasa perasaan putus cinta.. ya, aku pun pernah rasa.. memang sakit.. memang sedih.. tapi itu semua tak jadi sebab untuk kau berdamping dengan orang sembarangan.. Tuhan ada.. kalau kau mengadu kat Dia, mungkin kau tak akan sunyi.. 

perempuan,
hanya satu pesan kau.. aku harap aku dapat maafkan kau.. ISR.. kau kenal siapa diri kau perempuan.. 


 fin..