Follower

Wednesday, October 9, 2013

hatilelaki

hai semua.. sihat? hari nie rasa ada idea nak menulis.. emm, tajuk pun dah tahu kan.. yea, nak tulis pasal lelaki.. aku bukan laa pakar pasal lelaki.. haha kalau pakar lelaki, dah kaya dah aku nie.. buka firma aku sendiri.. kikiki angan-angan saja..

emm, macam mana ea nak mula? ok, kebalakangan nie ramai pula kawan kawan lelaki aku datang kat aku luah macam macam.. well, somethimes boys need girl's brain too right? apa lelaki nie tak sedih ker? apa lelaki nie tak sakit hati ker? apa lelaki nie tak ada perasaan ker?

oh oh! sesungguhnya semua tuh silap.. Allah dah bagi kita semua perasaan.. seketul daging yang ada perasaan, iaitu, hati.. sudah semestinya lelaki nie ada perasaan marah, perasaan sedih, perasaan sakit hati.. mereka pun ada perasaan juga.. cuma, kita tak ditunjukkan.. betul tak?

cuba tengok senarai lagu-lagu sedih.. banyak mana lagu sedih yang di nyanyikan perempuan dan banyak mana pula lagu sedih yang dinyanyikan lelaki? look at adele, she writes song when she sad.. kan? perempuan.. hatinya mudah tersentuh.. tengok marc anthony.. lepas divorce dengan j.Lo, dia buat lagu apa? lagu dance kot.. hahaha.. berbezakan?

sampai masa, lelaki menangis juga.. bukan selalu tombok ego itu mereka boleh pertahankan.. tambah-tambah untuk mereka yang mereka sayang.. ya allah, kadang-kadang kalau lelaki nie menangis, lagi sayu lagi sedih dari perempuan.. betul.. 

kita perempuan tak nampak semua tu.. sebab lelaki, bila dia sedih, dia pergi jumpa kawan-kawan dia, mesti kawan-kawan dia cakap, "alaa, dah la tuh.. benda dah jadi.. tak guna kau sedih.. jom ah lepak..'' kalau perempuan? "kesian kat kau.. sabar laa.. cerita kat aku..'' maknanya kat sini, perempuan, kalau dia sedih, lama betul! betul tak? lelaki? bila dah jumpa kawan, langsung lupa yang dia dah putus dengan awek dia.. 

apa yang kita baca, apa yang kita tengok, apa yang kita dengar, semuanya macam perempuan jer yang sakit kan.. lelaki jer yang salahkan? apa perempuan nie semuanya betul? apa perempuan nie reti sakit jer? kita didedahkan dengan benda macam nie sebab semua nie kita tengok dari sudut perempuan.. 

cuba bayangkan, kalaulah lelaki nie ada perasaan untuk luah jer semua benda macam kita luah? mahunya orang pun akan nampak perempuan jer yang salah.. kan? sebab tuh lelaki tak macam tuh.. sebab lelaki biasanya tak ambil tahu pun pasal nie.. mereka lebih suka pendam..

kalau kita? satu dunia kalau boleh nak diceritakan.. nak bagitahu sangat yang kita ni sakit.. nak bagitahu sangat yang kita ni tak dihargai.. lelaki? rilex jer.. hisap rokok minum kopi lepak sampai pagi tengok bola dengan kawan-kawan.. 

bila dia orang akan fikir? bila dia orang akan sedih? bila mereka sendirian.. tapi, tak banyak pun masa mereka sendirian,sebab ada jer benda yang mereka lakukan dengan kawan-kawan mereka.. 

bila lagi mereka akan fikir? bila dia nak tidur.. biasanya lelaki nie tak dan pun nak fikir.. balik rumah terus tidur.. melainkan bagi yang susah tidur, memang sampai pagi la kot dia sedih.. 

kita perempuan, kena fikir apa yang mereka fikir jugak.. mungkin dia salah, cuba kita fikir, kita tak salah ker? mungkin kita sakit, apa mereka tak rasa sakit juga? mungkin kita rasa tak dihargai, apa kita hargai ker semua yang mereka buat? sebelum kita tuding jari salahkan mereka, ingatlah, empat jari lagi sedang menuding ke arah kita..

apa yang aku tulis, cuma benda yang aku alami.. kalau salah, boleh betulkan.. 

fin..