Follower

Thursday, October 9, 2014

kahwin muda?

Kahwin?

Salam semua! Apa khabar? harap sihat-sihat belaka.. hari nie aku rasa macam nak kongsikan trend sekarang. Trend kahwin muda. Ohh my god! Macam trend dah kan.. For me, kahwin muda adalah perkahwinan yang dilangsungkan ketika pasangan berusia 30 kebawah.. Raaaaamai betul yang kahwin dan mereka berusia 30 kebawah. Kebanyakan kawan aku pun dah kahwin.

Yang dulu senyap tup tup dapat undangan majlis dia orang. Aku yang dari dulu nie tak kawen-kawen lagi. Insyaallah semoga dipermudahkan.. Sape tak nak kawen oiii!!

Sebelum kawen, banyak persediaan yang kena dilakukan. Ok laa kalau korang tanya apa persediaan yang kena buat.. Jawab soalan kat bawah nie..

Nanti kawen nak tinggal mana?
Nanti kawen nak tinggal dengan sape? Maksudnya dengan parents lagi atau korang berdua saje laki bini?
Nanti kawen berapa tahun nak honeymoon? Maksudnya perancangan untuk tambah ahli keluarga tu bila? Pada tahun keberapa kawen?
Nanti kawen macam mana dengan duit bajet bulanan? 
Nanti kawen kerja macam mana? Tapi rasanya zaman sekarang mostly laki bini memang kerja. Melainkan laki dia anak raja hohohoho..


And so on soalan2 yang kena dan harus jawab sebelum korang kawen. Persediaan fizikal, mental kena kuat. Sebab kaweb bukan benda senang lenang sahaja. Kahwin bermaksud ikatan. Kau ikat hidup kau dengan dia. Kau kongsi hidup kau dengan dia. Kau bersedia menerima kurang dia. Kau sedia menerima baiknya dia. 

Bagi aku, kahwin adalah sesuatu yang kita lakukan dengan seseorang yang kita takkan jemu walau nanti kita dah umur 70 tahun kita tetap nak dia. Bagi aku perkahwinan adalah sesuatu yang kau dah sedia utk terima semua tentang dia. Tentang latar belakang dia, tentang masa silam dia, masa depan dia, masa sekarang. Sedia terima keluarga dia. sedia menerima persekitaran baru dalam hidup kau. Sedia terima susah dia. Walau masa tu kau senang, dia susah, kau pun akan terasa susah jugak. Sedia untuk bangun pagi2 buatkan sarapan, siapkan baju dia. Sedia untuk dengar dengkuran dia tiap2 malam. Sedia terima perangai dia yang menyakitkan hati. Dan yang paling penting, kau nak kongsi kebahagiaan, kegembiraan kau dengan dia. Itu adalah perkahwinan. 

Sesuatu yang ringan tapi berat. Kau kena lalui duli baru kau boleh rasa. Yang penting semua yang Allah buat, semua nya baik2 belaka. Kita tak nampak sekarang, tapi mungkin hikmahnya ada dua tiga tahun lagi.

Kahwin muda is awesome i think. Thats why i nak kahwin before im 25.. Insyaallah..

Fin..



Wednesday, August 20, 2014

stand

Salam semua. Apa khabar? Sihat? kuat? kuat? kenapa kuat? ya, kita kena kuat.. jangan tunggu-tunggu untuk jadi kuat.. jangan tangguh-tangguh untuk jadi kuat.. tapi biasanya, perasaan atau semangat untuk jadi kuat tu, datang dengan sendiri.. kan?

Bagi aku, tahun 2014 nie mengajar aku baaaaaaanyak tentang macam mana untuk kuat, bila masa terbaik untuk jadi kuat, dan banyak lagi.. terlalu banyak peristiwa yang aku lalui, banyak mengajar aku.. bukan kata kuat sahaja.. sabar, bersyukur.. banyak lagi! kenapa? sebelum nie aku tak bersyukur kah? aku bersyukur.. tapi, kali ini, aku lebih bersyukur.. pernah kau menangis kerana kehilangan RM10? pernah? aku pernah.. betapa aku mengharap keadaan itu bukan penyebab untuk aku menangis, tapi itu hakikatnya.. sebanyak-banyak perkara yang boleh menjatuhkan aku, hanya dengan RM10, aku boleh menangis.. kenapa? sebab masa itu, aku rasa RM10 boleh menyelesaikan banyak perkara.. apakah? tambang ktm, duit makan untuk dua hari mungkin? minyak kereta? dan, aku hilang RM10.. masa tu, aku rasa nak hargai setiap sen yang aku ada.. sebelum nie, RM10, bahkan RM20, seperti angin lalu.. tiada makna.. alhamdulillah ALLAH datangkan aku dengan ujian..

kadang-kadang, aku rasa bersyukur bila Dia datangkan ujian.. pada masa ini, setiap waktu mulutku aku basahkan dengan zikir kepadaNya.. setiap inci nikmat atau rezeki, aku panjatkan syukur kepadaNya.. mungkin dia tahu, jika Dia beri aku sedikit kesenangan, aku mungkin lupa padaNya..

teringat lagi kata-kata yang membuatkan aku kuat.. kata-kata yang dibisikkan oleh rakan-rakanku, kata-kata yang secara tak sengaja aku terbaca di mana-mana.. satu hal lagi, aku rasa Dia selalu menjawab pertanyaan atau permintaan ku.. on the spot! melalui bacaan, atau apa sahaja.. antara kata-kata yang masih aku ingat..

"Dia nak kita menangis merayu padaNya sebab Dia rindukan rintihan kita.. Dia rindu hambaNya meminta-minta, Dia rindu kepada kita yang sentiasa berzikir padaNya.. kalau kau senang, agaknya kau ingat dia seperti sekarang?"

"Sentiasa bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang diberi.. sedikit yang diberi, kalau kita bersyukur, InsyaAllah, satu hari nanti Dia pasti beri lebih lagi"

"Semua yang berlaku ada hikmahnya.. Kalau tak lambat, cepat.. kalau tak sekarang, esok lusa"

"Something happen has its reason"

"ALLAH tak akan aniaya hambaNya"

"Jangan bersedih.. setiap sesuatu pasti ada kegembiraan di penghujungnya.. belum gembira? bermakna belum penghujung lagi.. teruskan untuk menjadi kuat" 


pernah tak kita merintih, menangis, mempersoalkan kenapa semua ini berlaku kepada kita.. pernah? dan, pernah tak juga kita mempersoal kenapa kita buat sesuatu yang dilarang oleh Nya? 

"Rezeki itu datang dari ALLAH, jangan laa kita buat sesuatu yang boleh Dia tarik atau menyekat Nya untuk bagi rezeki kepada kita.. Cari sebab untuk Dia tambahkan rezeki kita"

setiap kali jatuh, jangan pernah lupa untuk bangkit kembali.. jangan pernah lupa untuk kuat, jangan pernah lupa untuk bersyukur, jangan pernah lupa untuk berdoa.. kuat bukan untuk sehari.. tapi untuk selamanya.. 

fin..

Saturday, July 5, 2014

ramadhan

salam! Alhamdulillah, hari nie dah masuk hari ke enam berpuasa.. Rasa macam sekejap sangat.. Dari hari ke sehari.. Ingat lagi hari mula mula bangun sahur.. Mula mula berbuka.. tengok tengok, dah hari ke enam.. cepat bukan? setakat nie alhamdulillah puasa aku cukup lagi.. takde lagi hari yang tak benarkan aku puasa heheh.. kalau boleh nak penuh lagi tahun nie.. best nya.. pernah sekali, dua tahun berturut turut aku diberi peluang untuk puasa penuh.. orang lain sibuk duk ganti puasa seminggu, aku rilex jer.. hehehhe..


last from me, selamat berpuasa ya kawan kawan.. jangan ponteng ponteng.. tak baik.. kan dah besar dah kan.. selamat malam!

fin

Tuesday, July 1, 2014

kuat


kadang-kadang kita harus sentiasa menjadi kuat.. bukan main-main punya kuat.. atau sikit-sikit punya kuat, tapi, sentiasa kuat dan berterusan untuk kuat! kenapa? ujian datang silih berganti.. kuat itu perlu..

fin..

Wednesday, May 7, 2014

percaya

pernah tak kita rasa kurang yakin dengan apa yang akan berlaku? padahal kita tahu janji ALLAH itu PASTI.. pernah tak rasa tiba-tiba lemah masa kita tengah kuat? padahal kita tahu kita kena sentiasa kuat..

aku baca satu buku nie, tajuk nya Law of Universal Attraction.. penulis kata, pemikiran kita ibarat doa.. kalau kita duk fikir negatif, negatif lah jadinya! apa kata kita tukar corak pemikiran kita? fikir kan yang positif sahaja.. walaupun sesuatu perkara tuh berlaku bukan atas kehendak kita, sekurang nya kita mempunyai suatu semangat untuk menerimanya dengan hati terbuka dan mencubanya lagi.. kan?

percaya pada ALLAH.. Dia tak kejam.. tak selalunya diberi kita kesusahan.. jangan kita mengaku kita alim ulamak selagi kita tidak diuji.. ujian bukan bermaksud berduka.. ujian bermaksud pembaharuan ke arah sesuatu yang lebih baik.. yang lebih lagi menanti kita.. kalau kita tak rasa macam mana sakit, macam mana kita nak hargai masa gembira kita? kalau kita tak rasa peritnya derita, mana mungkin kita dapat tersenyum masa kita bahagia?

bukankah ujian itu jalan untuk kita menambah iman kita? dan harus diingat.. bukan masa susah sahaja adalah ujian.. saat senang juga adalah ujian.. ujian yang macam mana? DIA nak tengok kita masih ingat atau tidak padaNya masa kita senang.. tak ada guna kalau masa susah jer kita duk menangis dipermudah segala urusan, tapi saat senang, terus dilupa! mana boleh!

percayalah, setiap sesuatu itu pasti ada hikmah.. antara cepat dengan lambat.. jika diberi kesempatan, kita dapat merasai hikmah sesuatu dugaan itu.. jangan mengeluh.. setiap yang berlaku aturan yang paling hebat dari yang Maha Hebat.. kau phD? kau pandai urus segala benda? kalau Dia taknak izin, tak jadi juga.. dalam sesuatu yang berlaku, pasti Dia selitkan hikmah yang kita sendiri tak duga..

percayalah, setiap penghujung itu pasti ada kebahagiaan.. belum bahagia? maknanya belum penghujung lagi.. jadi, teruskan berusaha, teruskan berdoa, teruskan positif, teruskan bertawakal.. Dia sedang melihat dari sana.. Dia maha mengetahui waktu paling sesuai untuk buat hati itu tersenyum kembali..


fin..

Monday, January 27, 2014

mindset

salam semua.. apa khabar? so far, how's your 2014? i hope you will fill in with your greatest moments and experiences.. okay?

okay semenjak dua menjak nie aku memang duk kalut cari kerja baru.. i mean, a better job for me.. kalau ikut gaji sekarang, xlepas lagi untuk buat kahwin.. yeah, kahwin adalah one of my goals.. tapi bila duk cari cari nie, aku macam terfikir sesetengah masyarakat disekeliling aku nie.. ada yang menyokong dan ada tak berapa nak menyokong keputusan aku untuk terus kerja jer.. they like,

"tak nak sambung belajar dah ker?" "nanti sambung la belajar.."

i mean, okay thanks for the advice and the spirit.. bukan aku taknak belajar.. oklah, aku sambung pos aku nie dengan beberapa contoh ya.. dah tajuk pun mindset kan..

 kena ada degree baru berjaya?

ok kat sini, memang tak dinafikan, hampir semua orang yang aku jumpa, dan dia orang tanya, aku buat apa sekarang, dan aku jawab aku tengah kerja, mesti akan ajukan soalan macam kat atas tuh.. oh please, rasanya tak termaktub dalam mana mana akta, kalau ada degree, ada diploma baru boleh berjaya, baru dipandang masyarakat, baru boleh bergaul dengan orang.. tahap pemikiran apakah ini?? tolong jelaskan! memang tak dinafikan, bila ada kelulusan yang lebih tinggi, baru menjamin kehidupan.. tapi, tak pernah fikir ker, kalau belajar tinggi tinggi, tapi attitude kurang, sosial kurang, pemalas, rasanya tak kemana jugak kan? bagi aku, 'kalau rajin, letak dalam batu pun boleh hidup.. hidup nie antara nak dengan tak nak jer' okay tuh yang aku pegang selama nie.. tak semestinya kalau kelulusan rendah, tak berjaya.. tak! itu semua salah sangat.. tak kan takde orang seliling kita yang boleh dijadikan contoh kan? yang memang rajin dan sentiasa berusaha, InsyaALLAH, ALLAH akan bayar setimpal dengan usaha dia tuh.. Allah tak kejam laa.. hidup nie luas lagi.. banyak lagi benda baru boleh di terokai.. tak semestinya kena ada diploma, degree master atau phD baru gembira.. dunia Allah nie luas.. yang penting rajin dan sentiasa berusaha.. 


fin

Thursday, January 16, 2014

duapuluhdua



yuhuuu.. 15 January 2014, alhamdulillah, sempat jugak aku merasa meraikan hari jadi yang ke 22.. waaah, 22 dah aku nie.. alhamdulillah.. syukur padaMu Tuhan..

nak cakap apa yer? tak tahu laa.. macam malas nak cakap banyak jer.. hehehe.. terima kasih kepada yang wish.. dan terima kasih juga kepada yang mendoakan.. 

alhamdulillah.. dua puluh dua..

fin..

Wednesday, January 1, 2014

salam2014

hai semua! apa khabar? tahun baru nie apa ceghita? hehe pergi sambut new year kat mana semalam sahabat sahabat? aku? aku sambut kat rumah jer.. tepat jam 12 malam tuh, dah duk atas katil dah.. letih nokkk.. aku kan kerja.. lepas tuh, hari nie pun kerja jugak.. jadi takde masa lah nak keluar horey horey nie.. baik aku tidur.. hari nie double pay kot! 

ok dah dah.. stop merapu.. jom kita tulis apa yang berkaitan dengan 2014 nie jum?
for me, tahun apa apa pun bukan berubah pun kalau diri kita sendiri tak ada keazaman untuk berubah.. ye idok? kita yang mencorakkan kanvas lukisan hidup kita.. kita nak macam mana? pelangi? mendung sepanjang tahun? hujan tak berhenti? atau panas terik sentiasa? 

aku tahu korang faham apa yang aku cuba nak sampaikan nie kan? kalau kita tetap di takuk lama, tahun berganti dua puluh tahun pun, kita tetap orang yang sama dengan lukisan hidup yang sama.. jadi, bila dah set up wish list tuh, make sure tunaikan lah.. barulah kita pergi meninggalkan 2014 nanti dengan penuh senyuman.. kan? 

ermm, hari nie aku nak kongsi apa yang aku nak buat untuk sepanjang tahun nie.. biar gambar je lah yang bercerita ya? 





aku nak pergi kat tempat tempat kat atas tuh.. kat mana tuh? jeng jeng jeng.. my secret gateaway laa.. hehe


dan kearah ini juga.. InsyaAllah.. 

fin..