Follower

Wednesday, May 7, 2014

percaya

pernah tak kita rasa kurang yakin dengan apa yang akan berlaku? padahal kita tahu janji ALLAH itu PASTI.. pernah tak rasa tiba-tiba lemah masa kita tengah kuat? padahal kita tahu kita kena sentiasa kuat..

aku baca satu buku nie, tajuk nya Law of Universal Attraction.. penulis kata, pemikiran kita ibarat doa.. kalau kita duk fikir negatif, negatif lah jadinya! apa kata kita tukar corak pemikiran kita? fikir kan yang positif sahaja.. walaupun sesuatu perkara tuh berlaku bukan atas kehendak kita, sekurang nya kita mempunyai suatu semangat untuk menerimanya dengan hati terbuka dan mencubanya lagi.. kan?

percaya pada ALLAH.. Dia tak kejam.. tak selalunya diberi kita kesusahan.. jangan kita mengaku kita alim ulamak selagi kita tidak diuji.. ujian bukan bermaksud berduka.. ujian bermaksud pembaharuan ke arah sesuatu yang lebih baik.. yang lebih lagi menanti kita.. kalau kita tak rasa macam mana sakit, macam mana kita nak hargai masa gembira kita? kalau kita tak rasa peritnya derita, mana mungkin kita dapat tersenyum masa kita bahagia?

bukankah ujian itu jalan untuk kita menambah iman kita? dan harus diingat.. bukan masa susah sahaja adalah ujian.. saat senang juga adalah ujian.. ujian yang macam mana? DIA nak tengok kita masih ingat atau tidak padaNya masa kita senang.. tak ada guna kalau masa susah jer kita duk menangis dipermudah segala urusan, tapi saat senang, terus dilupa! mana boleh!

percayalah, setiap sesuatu itu pasti ada hikmah.. antara cepat dengan lambat.. jika diberi kesempatan, kita dapat merasai hikmah sesuatu dugaan itu.. jangan mengeluh.. setiap yang berlaku aturan yang paling hebat dari yang Maha Hebat.. kau phD? kau pandai urus segala benda? kalau Dia taknak izin, tak jadi juga.. dalam sesuatu yang berlaku, pasti Dia selitkan hikmah yang kita sendiri tak duga..

percayalah, setiap penghujung itu pasti ada kebahagiaan.. belum bahagia? maknanya belum penghujung lagi.. jadi, teruskan berusaha, teruskan berdoa, teruskan positif, teruskan bertawakal.. Dia sedang melihat dari sana.. Dia maha mengetahui waktu paling sesuai untuk buat hati itu tersenyum kembali..


fin..