Follower

Wednesday, August 20, 2014

stand

Salam semua. Apa khabar? Sihat? kuat? kuat? kenapa kuat? ya, kita kena kuat.. jangan tunggu-tunggu untuk jadi kuat.. jangan tangguh-tangguh untuk jadi kuat.. tapi biasanya, perasaan atau semangat untuk jadi kuat tu, datang dengan sendiri.. kan?

Bagi aku, tahun 2014 nie mengajar aku baaaaaaanyak tentang macam mana untuk kuat, bila masa terbaik untuk jadi kuat, dan banyak lagi.. terlalu banyak peristiwa yang aku lalui, banyak mengajar aku.. bukan kata kuat sahaja.. sabar, bersyukur.. banyak lagi! kenapa? sebelum nie aku tak bersyukur kah? aku bersyukur.. tapi, kali ini, aku lebih bersyukur.. pernah kau menangis kerana kehilangan RM10? pernah? aku pernah.. betapa aku mengharap keadaan itu bukan penyebab untuk aku menangis, tapi itu hakikatnya.. sebanyak-banyak perkara yang boleh menjatuhkan aku, hanya dengan RM10, aku boleh menangis.. kenapa? sebab masa itu, aku rasa RM10 boleh menyelesaikan banyak perkara.. apakah? tambang ktm, duit makan untuk dua hari mungkin? minyak kereta? dan, aku hilang RM10.. masa tu, aku rasa nak hargai setiap sen yang aku ada.. sebelum nie, RM10, bahkan RM20, seperti angin lalu.. tiada makna.. alhamdulillah ALLAH datangkan aku dengan ujian..

kadang-kadang, aku rasa bersyukur bila Dia datangkan ujian.. pada masa ini, setiap waktu mulutku aku basahkan dengan zikir kepadaNya.. setiap inci nikmat atau rezeki, aku panjatkan syukur kepadaNya.. mungkin dia tahu, jika Dia beri aku sedikit kesenangan, aku mungkin lupa padaNya..

teringat lagi kata-kata yang membuatkan aku kuat.. kata-kata yang dibisikkan oleh rakan-rakanku, kata-kata yang secara tak sengaja aku terbaca di mana-mana.. satu hal lagi, aku rasa Dia selalu menjawab pertanyaan atau permintaan ku.. on the spot! melalui bacaan, atau apa sahaja.. antara kata-kata yang masih aku ingat..

"Dia nak kita menangis merayu padaNya sebab Dia rindukan rintihan kita.. Dia rindu hambaNya meminta-minta, Dia rindu kepada kita yang sentiasa berzikir padaNya.. kalau kau senang, agaknya kau ingat dia seperti sekarang?"

"Sentiasa bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang diberi.. sedikit yang diberi, kalau kita bersyukur, InsyaAllah, satu hari nanti Dia pasti beri lebih lagi"

"Semua yang berlaku ada hikmahnya.. Kalau tak lambat, cepat.. kalau tak sekarang, esok lusa"

"Something happen has its reason"

"ALLAH tak akan aniaya hambaNya"

"Jangan bersedih.. setiap sesuatu pasti ada kegembiraan di penghujungnya.. belum gembira? bermakna belum penghujung lagi.. teruskan untuk menjadi kuat" 


pernah tak kita merintih, menangis, mempersoalkan kenapa semua ini berlaku kepada kita.. pernah? dan, pernah tak juga kita mempersoal kenapa kita buat sesuatu yang dilarang oleh Nya? 

"Rezeki itu datang dari ALLAH, jangan laa kita buat sesuatu yang boleh Dia tarik atau menyekat Nya untuk bagi rezeki kepada kita.. Cari sebab untuk Dia tambahkan rezeki kita"

setiap kali jatuh, jangan pernah lupa untuk bangkit kembali.. jangan pernah lupa untuk kuat, jangan pernah lupa untuk bersyukur, jangan pernah lupa untuk berdoa.. kuat bukan untuk sehari.. tapi untuk selamanya.. 

fin..