hari nie rasa nak menulis.. nak luah benda yang memang lama dah duk pendam.. orang kata, benda lama biar berlalu.. benda dah terjadi setahun lebih dah.. yupp, setahun weyy.. tapi aku still ingat satu satu apa yang jadi.. start hari tuh, i lost my respect for you girl.. start hari tuh, bila ingat benda tuh, automatik air mata aku jatuh.. aku tak tahu laa kau jumpa ke tak blog aku nie.. sebab facebook aku pun kau dah block.. kalau tak salah kenapa nak lari? takut?
biasa nya kalau orang takut nie, dia memang salah.. face me baby.. i have a ton of words to say to you.. tak pe laa takut nak jumpa aku pun.. baca nie..
perempuan,
kau perempuan aku perempuan.. tuhan bagi kita satu rasa yang sama.. rasa sensitif, rasa kasih sayang, rasa keibuan.. yeahh, tuhan ciptakan untuk kita memahami satu sama lain.. sebab apa? sebab kita insan yang lemah..
perempuan,
bagi aku, kau tak lebih dari sampah.. kenapa sampah? sebab sampah tak ada perasaan.. kau dah sedia maklum perihal kami berdua.. masih lagi kau nak mengada-ngada kan? kau langsung tak fikir perasaan kaum kau sendiri.. kau pentingkan diri sendiri! kau egois! kau hipokrit!
perempuan,
kenapa perlu kau lari kalau betul kau tak salah? kau pengecut! kau tak berani nak hadapi masalah dengan orang lain.. kau hanya tahu untuk menimbulkan masalah.. aku benci kau perempuan.. rasanya tak perlu aku nak terhegeh-hegeh pergi cari kau kan? kau yang salah.. tuhan kata, kalau salah dengan Dia,Dia boleh ampunkan.. kalau salah sesama manusia, hanya orang tuh boleh ampun kan..
perempuan,
sejak benda tuh terjadi, perasaan percaya aku dah kurang.. kau tahu kenapa? ini semua sebab kau.. aku rasa takut untuk percaya orang lain lagi, walaupun sesama perempuan.. hati aku retak.. hati aku pecah.. setiap kali ingat, air mata aku jatuh.. setiap kali ingat hati aku kembali luka..
perempuan,
mungkin kau tak terfikir kesannya sampai tahap nie kan? sebab kau tak pernah rasa.. sebab kau tak reti nak hormat perasaan sesama wanita.. kau pentingkan diri sendiri.. kau tak hiraukan apa aku rasa.. kau hanya fikir benda tuh, bukan fikir kesannya.. kau pendek akal..
perempuan,
bukan mudah aku nak bangkit kembali.. bukan mudah aku nak tanam percaya balik.. bukan mudah aku nak tanam rasa sayang aku balik untuk dia.. bukan mudah perempuan, bukan mudah! puas menangis puas sakit hati puas merana baru aku dapat diri aku hari nie..
perempuan,
aku amat harap kau datang jumpa aku suatu hari nanti.. jangan nanti Tuhan bagi rasa apa yang aku rasa selama setahun lebih nie, baru kau nak ingat pasal aku.. mungkin masa tuh dah terlambat..
perempuan,
kalau kau rasa kau nak cuba fahami aku, kau pergi paku kat dinding.. kau cabut balik paku tuh.. kau minta maaf kat dinding tuh.. kau memang boleh minta maaf kat dinding tuh, cuba kau tengok, parut paku kat dinding tuh ada lagi tak? ada kan? dia hilang tak? kalau hilang pun, dinding tuh sama tak dengan yang kau sebelum paku tadi? tak sama kan? aku harap kau panjang akal bab fahami perasaan orang lain nie..
perempuan,
aku tak salahkan kau seorang dalam hal nie.. aku salahkan dua-dua.. bukan aku nak pertahankan dia kata dia baik, tak mungkin dia buat aku macam nie.. tak, dalam hal nie dua-dua orang salah.. dua-dua aku marah.. cuma, aku lebih marahkan kau sebab kau tak fikir apa yang akan aku rasa..
perempuan,
kau dah tahu status dia, kenapa kau tak cuba nak elakkan diri? ramai lagi di luar sana.. jangan jadikan alasan kau sunyi.. jangan! kau ada Allah.. bukan aku tak pernah rasa perasaan putus cinta.. ya, aku pun pernah rasa.. memang sakit.. memang sedih.. tapi itu semua tak jadi sebab untuk kau berdamping dengan orang sembarangan.. Tuhan ada.. kalau kau mengadu kat Dia, mungkin kau tak akan sunyi..
perempuan,
hanya satu pesan kau.. aku harap aku dapat maafkan kau.. ISR.. kau kenal siapa diri kau perempuan..
fin..
Follower
Wednesday, October 2, 2013
Monday, September 30, 2013
salam21
selamat hari lahir buat kekasih, kawan baik, musuh, partner in crime, dan macam2 lagi.. hehehe..
macam malu lah pulak nak wish macam2.. padahal birthday dia bulan 9 lagi.. saje gedik baru nak pos kan.. tak de keje kat tempat koje kan... hahaha malu! k lah, selamat hari lahir fikri aiman bin rahim..
fin..
Thursday, September 19, 2013
hikmah
salam.. yeah, im writing again.. lama kan aku dah tinggal blog ni? sekarang pun aku dah ada kehidupan aku sendiri.. iaitu, im working now.. yeah, aku kerja.. *erkk, tak sambung belajar ker?* nope! i cant continue my study.. yeah.. thats the reason why im working now.. i cant further my study.. sedih? yaa, amat sedih.. teramat sedih.. hati nie ibarat sekeping kaca, jatuh berderai atas batu.. lagi sakit daripada disakiti oleh orang yang aku sayang..
dalam aku duk sedih.. ada beberapa mulut, membisikkan kepadaku..
dalam aku duk sedih.. ada beberapa mulut, membisikkan kepadaku..
"mungkin bukan rezeki"
"ada hikmah yang ALLAH nak tunjuk"
"moga terus kuat"
"banyakkan ingat ALLAH"
"be postive"
dan macam macam lagi kata kata positif.. diri ini pun dah tak tahan duk menangis.. sampai satu tahap, aku rasa dah tak keluar air mata dah.. dalam aku duk belajar untuk terima semua nie.. untuk belajar bangun balik, i got a called from my mom.. tanpa sedar, aku menangis lagi.. aku rebah lagi.. apa yang dia bagitahu aku, aku rasa elok hanya untuk aku sorang yang simpan.. mungkin, untuk aku lebih kuat?
jealous? yaa, aku cemburu tengok kawan kawan aku yang dapat sambung belajar.. tapi, bila fikir balik, tak pe laa aku tak boleh sambung pun, mungkin dah tiba masa untuk aku berbakti untuk ummi abah aku pulak.. kan? boleh hulur seringgit dua ringgit kat dia orang bulan bulan pun aku rasa macam bersyukur sangat dah..
aku nak kongsi rezeki yang ALLAH bagi nie dengan semua orang yang aku sayang.. walau pun tak banyak tapi takpela.. kan? InsyaALLAH, moga ALLAH sentiasa kuatkan aku... amin..
fin..
Saturday, July 20, 2013
dugaan
salam semua..
macam mana puasa? dah 10 hari puasa.. cukup lagi tak? hehehe.. harap nya cukup lah kan..
tak de sebab nak tinggal puasa.. lain laa kalau perempuan tuh.. kalau laki tinggal puasa jugak, yang disengajakan, memang tak boleh buat laki la jawab nya.. hihihi..
tak puasa.. tak boleh raya..
semalam, result degree keluar.. yang sedihnya, aku tak dapat..
gila tak sedih? orang lain semua dapat.. tapi ada jugak yang tak dapat..
memang sedih.. satu hari down jer rasa hari nie..
tapi, bila kawan kawan dan dia duk bagi semangat, suruh fikir positif, aku okey sikit..
tapi, bila dengar ayat yang menusuk jiwa, dari seseorang yang kita harap dia kuatkan kita,
terus down lagi..
kita nak orang bagi semangat.. bukan duk cakap benda bukan bukan..
tuh yang aku nak..
orang tak rasa apa yang kita rasa..
setiap manusia tuh berbeza.. cakap lah kenal lama mana pun, tetap tak rasa apa yang kita rasa..
betul tak?
jadi, aku yakin pasti ada perancangan yang lebih baik untuk aku..
aku hanya perlu bersabar dan berdoa..
dan aku juga nakkan sokongan yang tak berbelah bagi.. tak syok jugak kalau orang bagi semangat kat kita kejap kejap jer.. kan?
fin..
Saturday, July 13, 2013
salam
salam semua.. lama sangat dah kan aku tak post apa apa kat sini? aku suka sangat menulis.. tapi, mungkin kehidupan yang mengekang aku.. dulu student takpelaa... banyak sangat masa nak tulis tuh tulis nih.. sekarang dah naik pangkat jadi makan gaji... susah dah... lagipun sumber internet pun susah.. aku pun dah jarang nak layan benda benda sosial nie...
so, how's life? okey tak? for me, alhamdulillah... okey jer... emm.. sekarang bulan puasa kan? selamat berpuasa semua umat islam! ada lagi ke tak yer yang baca blog aku nih? kalau ada, syukur.. hehehe..
nampaknya gaya menulis pun mesti dah lain.. dulu umur 18.. sekarang dah 21.. well, rasanya takat nie lah dulu untuk kali nie.. i will come back again! insyaallah.. tak ada apa apa, mungkin aku akan aktif macam dulu..
sebab aku tahu, ada seseorang yang memang suka sangat baca blog aku nie... dia pun cakap dia rindu kat blog nie.. insyaallah, aku akan cuba untuk terus menulis..
akhir kata, puasa elok elok.. puasa biar penuh.. nanti baru boleh raya..
fin..
so, how's life? okey tak? for me, alhamdulillah... okey jer... emm.. sekarang bulan puasa kan? selamat berpuasa semua umat islam! ada lagi ke tak yer yang baca blog aku nih? kalau ada, syukur.. hehehe..
nampaknya gaya menulis pun mesti dah lain.. dulu umur 18.. sekarang dah 21.. well, rasanya takat nie lah dulu untuk kali nie.. i will come back again! insyaallah.. tak ada apa apa, mungkin aku akan aktif macam dulu..
sebab aku tahu, ada seseorang yang memang suka sangat baca blog aku nie... dia pun cakap dia rindu kat blog nie.. insyaallah, aku akan cuba untuk terus menulis..
akhir kata, puasa elok elok.. puasa biar penuh.. nanti baru boleh raya..
fin..
Subscribe to:
Posts (Atom)

